Tuesday, November 22, 2005

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DIKALANGAN PARA PELAJAR

"Komunikasi adalah sesuatu yang dilakukan. Ia tidak boleh wujud dengan sendiri. Tiada apa-apa kuasa ajaib melainkan kuasa yang diberikan oleh ahli-ahli masyarakat yang berada dalam komunikasi itu sendiriā€¦"

Petikan:Schramm dan Robert (1971)

Para pengkaji komunikasi telah membahagikan komunikasi kepada beberapa bidang seperti komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal, komunikasi kumpulan, komunikasi antarabudaya, komunikasi antarabangsa dan komunikasi massa.

Izinkan saya mendefinisikan setiap bidang secara amnya.

Komunikasi intrapersonal merupakan asas kepada semua jenis dan peringkat komunikasi. Berfikir adalah salah satu bentuk komunikasi intrapersonal. Interaksi ini berlaku sepanjang masa dalam diri kita. Komunikasi antara individu pula dipanggil sebagai komunikasi interpersonal yang mana kedua-dua pihak saling bertukar maklumat.

Begitu juga dengan komunikasi kumpulan yang sering disebut komunikasi dalam kumpulan kecil yang kerap berbentuk komunikasi interpersonal misalnya dalam sebuah keluarga. Amnya, interaksi yang berlaku antara seseorang atau beberapa ahli suatu budaya dengan ahli budaya lain dikenali sebagai komunikasi antarabudaya contohnya antara kaum Melayu dan Cina. Komunikasi antarabangsa merupakan lanjutan komunikasi antara budaya tetapi ia melibatkan negara luar di seluruh dunia. Manakala komunikasi massa pula adalah komunikasi yang dihasilkan melalui saluran-saluran yang berorganisasi dan berperaturan rapi seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan sebagainya. Justeru itu, setiap bidang komunikasi perlu diteliti dan dikuasai agar tidak berlaku salah tafsir maklumat.

Bagi seseorang pelajar, kemahiran berkomunikasi itu amat penting. Ini kerana selain daripada proses pembelajaran, komunikasi juga dapat menginterpretasikan diri dan pemikiran seseorang pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang bijak melontarkan idea dalam perbincangan dilihat sebagai pelajar yang berkemahiran dalam komunikasi.

---
Dikemukakan oleh W.N untuk wacana MRT Viewpoint

0 Comments:

Post a Comment

<< Home